Korea Trip Guide - Checklist

Assalammualaikum.

Kali ini masih mengenai Korea. Well, need to arrange my memories and save to other place so i can still remember. (konon nak speaking). Ada beberapa checklist yang aku nak ceritakan mengenai pengalaman aku di sana.

Route
KL-Busan-Jeju-Seoul-Busan-KL
Itu route aku. Aku rasa turun di Busan merupakan perkara paling bijak untuk explore South Korea. 

Tiket Kapal Terbang

AirAsia adalah pilihan terbaik dan memang selalu menawarkan tiket murah GILER. Kalau ada promotion, cepat-cepatla grab. Korang kalau dah ada rancangan nak visit Korea, rajin2 la buka website AirAsia.

Currency & Cost of Living

Adalah sangat penting bagi korang yang nak ke South Korea untuk check currency semasa di sana. Begitu juga check nilai duit sana berbanding duit RM. Perkara ni sangat penting bagi merancang perbelanjaan untuk makan, shopping dan perbelanjaan tak terduga. Kalau nak senang pengiraan, RM10  KRW3000.  Untuk value of money, memang mahal sikit la dari Malaysia. Korang boleh beli air mineral (1.5L) dengan harga 1600won atau lagi murah. 

Kedutaan Malaysia

Make sure korang bagitahu kedutaan Malaysia di Korea jadual perjalanan korang. Emel je schedule korang tu dan make sure contact number ada supaya senang mereka nak hubungi korang if anything happen.

Transportation

South Korea memang terkenal betapa efficientnye pengangkutan awam mereka terutamanya subway. Korang juga boleh travel guna city bus, sewa kereta, teksi atau jalan kaki. Di Busan dan Seoul, lebih sesuai dan convenient kalau travel guna subway untuk mengelakkan kesesakkan lalu lintas. Korang boleh check kat website ni untuk kira fare subway di Seoul dan Busan. SeoulSubwayCyberStation (English) dan BusanSubwayNaverFare (Hangul). Kadang-kadang bolehlah guna City Bus kalau nak jimat giler-giler. More info, klik kat website ni, SeoulCityTransportation dan BusanCityBus. Kalau di Jeju, aku sarankan sewa kereta untuk memudahkan perjalanan tanpa perlu menunggu. Aku sewa Kia Sorento 7Seater dengan hara KRW171K. Mahal sikit la. Korang boleh booking advanced through online kat website ni, KTKUMHO. Kat Seoul juga banyak jalan kaki. Tak perlu pun naik subway sebab jarak antara satu sama lain tak jauh.

T-Money

T-Money adalah elektronik card untuk transportation di Major city in Korea. Memang jimat la cuma kad ni hanya boleh dibeli di mana-mana minimart di Seoul sahaja. Harga 2500won dan boleh recharge. 

Place to Go

Lebih elok kalau korang rancang apa tempat-tempat yang nak pergi supaya korang tak buang masa. Direction, entree fee, info dan area. Wajib pergi tempat2 yang menjadi landmark sesebuah tempat. Contoh: Namsan Tower, Nami Island, Haeundae Beach, Jaglchi Market, Hallasan Mountain etc. Post aku yang lepas ade cerita tempat apa yang aku lawati, MyBackpackingTrip2Korea. Website VisitKorea ni memang sangat membantu mengenai tempat2 menarik dan tourist spot di Korea. 

Food

Korang boleh check entree aku sebelum ni, What We Eat. Tengokklah apa yang kami makan. Bawa la ration makanan yang ringan2 macam serunding, sambal ikan bilis, makanan segera dari Brahim. Nasi boleh beli di minimart seperti di CU, 7E etc. Harga dalam 1500won ke 2500won, depand on brand name. Kat Korea banyak kedai pastries dan roti selain kedai kopi. 

Culture & Language

Sebelum pergi Korea, rajin-rajin la berlatih basic korean language and writting. Ianya sangat membantu. BETUL... Kalau diikutkan tahap kesedaran orang Korea mengenai Bahasa English dah ada tak macam dulu. Tapi diorang akan berada dalam PANIC mode kalau tetibe korang approach nak tanya arah atau jalan. So, baik belajar sikit2 bahasa dan tulisan Korea. 

Solat

Bagi yang Muslim, solat jangan tinggal even though kita sedang bercuti. Korang boleh check waktu2 solat kat Korea di IslamicFinder. Subuh kat sana cepat so, jangan terlepas. Kalau di Seoul, hanya ada 1 masjid iaitu di Itaewon. Tapi takkan hari2 nak g Itaewon kan. So, korang kena pandai cari port yang sesuai, bersih dan tidak menghalang laluan orang lain. Jangan lupa bawak air botol untuk wudhu incase tak jumpa toilet. Orang Korea masih lagi belum biasa dengan pemandangan solat secara terbuka, jadi jangan la sombong kalau mereka pandang semacam ek. Jangan lupa bawa kompass untuk cari arah kiblat. 

Toilet


Toilet di Korea sangat minimum penggunaan air tak macam di Malaysia. Bidet hanya boleh didapati di tempat-tempat awam yang besar dan ramai pelancong seperti di airport. Kalau tempat lain, biasa kan la bawa air dalam botol dan juga wet tissue.

Komunikasi

Korang boleh buat roaming kalau nak ataupun beli simkad di airport. Aku tak beli sebab tak perlu rasanye. Internet free melambak. Sekarangkan guna wassup je. Cuma kalau korang guna komputer di sana agak payah sedikit kerna korang kena tukar seting ke English dahulu.

Lain-lain

Pastikan bawa cash lebih untuk contingency. Yelah, kalau sakit ke, atau terlebih belanja. By the way, if korang sakit, Dr kat sana tak pandai cakap English jugak. Pandai2 la korang ye.

Itu je la yang nak aku kongsikan. Ini yang last post pasal Korea ni. HEHEHE. Walaupon tak ramai yang baca bog ni, peduli pe aku. Siape2 yang terklik kat blog ni, harap apa yang aku kongsikan dapat membantu korang ye.

Next will be my trip to Japan and Australia. Tengokklah yang mana datang dulu.

sekian,
kerist3rbang
15 Mei 2014
1148

1 comment:

  1. Assalam. Nak tanya, kan sy dah list tempat yg sy nak pergi lepastu dah tulis address dia sekali cthnya nak pergi SM Entertainment Building tu address dia Cheomdamdong, Gangnam-gu kan perluke sy tulis in korean sekali address tu? Is it necessary? :)

    ReplyDelete